Oleh: Aimi Fazlah

Berapa ramaikah antara anda yang menganggap bahawa bahasa Melayu tidak perlu dipelajari lantaran sudah terbiasa menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian sejak kecil lagi? Adakah anda yakin anda menggunakan bahasa Melayu yang tepat? Anda yakin anda dapat lulus dalam peperiksaan tanpa perlu belajar bahasa Melayu di sekolah?
 
Contoh kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam pertuturan harian.
Jika anda mampu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, maka syabas diucapkan! Tetapi jika sebaliknya, hal itu menunjukkan bahawa anda masih belum menguasai pembelajaran bahasa tersebut.
 
Memetik kata-kata Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, seorang Pakar Bahasa, bahasa disifatkan sebagai suatu kemahiran yang perlu dipelajari dan difahami bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan dalam masyarakat. Hal ini bermakna bahasa Melayu juga masih perlu dipelajari walaupun anda berbangsa Melayu. Satu hal yang perlu anda tahu ialah bahasa Melayu dalam situasi rasmi tidak sama dengan bahasa pertuturan sehari-hari atau bahasa pasar.
 
 
Mungkin ramai yang merungut bosan apabila terpaksa mempelajari Bahasa Melayu lebih-lebih lagi Komsas. Namun dengan Learning Port Interactive, anda pasti akan berubah fikiran! Dengan video animasi yang menarik, nota yang efektif, latihan interaktif (termasuk KBAT) dan soalan berbentuk permainan, anda pasti tidak menyedari bahawa anda sebenarnya sedang belajar Bahasa Melayu!
 
Contoh kandungan modul Tatabahasa tingkatan empat, Kata Tanya.
Ramai yang malu apabila tidak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi berapa ramaikah antara anda yang berasa malu apabila tidak mampu menguasai bahasa ibunda sendiri? Tidak dinafikan bahawa mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris itu penting tetapi jangan sampai meminggirkan bahasa kita sendiri.
 
Tidakkah anda berasa malu jika bangsa lain lebih hebat menggunakan bahasa Melayu berbanding anda yang kononnya berbangsa Melayu? Usah mengaku anda orang Melayu jika bahasa sendiri pun anda tidak mampu kuasai!