Oleh: Aimi Fazlah

SME, Bahasa Melayu
 
Apabila sebut perkataan ‘sastera’ sahaja, pasti ramai yang berasa gerun kerana menganggap sastera suatu bidang yang menyajikan karya yang berat untuk dihadam. Hal yang demikian kerana sastera sering dikaitkan dengan penggunaan bahasa yang tinggi selain memiliki lenggok bahasa yang berbunga-bunga. Namun hakikatnya, sastera merupakan subjek yang menarik dan seronok untuk diterokai jika kena dengan caranya. Berikut merupakan langkah-langkah yang dapat dipraktikkan bagi menjadikan pembelajaran Komsas (Komponen Sastera) di sekolah lebih menarik.

1) Perbincangan di dalam kelas

Remaja gemarkan sesuatu yang lebih ringkas tetapi padat. Teks yang terlalu panjang atau meleret-leret membuatkan murid mudah berasa jemu. Justeru, perbincangan di dalam kelas dapat mengelakkan mereka daripada berasa bosan kerana perlu membaca teks yang panjang.

2) Libatkan murid dalam pembelajaran

Sesuatu perkara yang dipelajari akan mudah dirakam oleh otak jika perkara tersebut dilakukan secara praktikal. Justeru, pembelajaran puisi akan lebih dihayati jika murid diberikan peluang untuk mendeklamasikan sajak, melagukan syair dan membaca pantun.

3) Grafik yang menarik

Salah satu punca remaja kurang menggemari Komsas terutamanya prosa tradisional, cerpen dan novel kerana kurangnya grafik dan gambar. Oleh yang demikian, pembelajaran Komsas akan menjadi lebih menarik jika disertakan dengan grafik dan gambar yang menarik. Hal yang sedemikian dapat membantu pemahaman dan mengasah daya ingatan murid.

4) Belajar Secara Didik Hibur

Selain pembelajaran formal di dalam kelas, kaedah lakonan atau pementasan boleh digunakan untuk mempersembahkan prosa tradisional, cerpen dan novel. Penglibatan murid dalam ‘dunia fiksyen’ tersebut secara tidak langsung membuatkan mereka mengingati jalan cerita yang dilakonkan atau ditonton. Cara ini akan menjadikan mereka lebih seronok untuk mempelajari karya sastera tersebut.
Atas alasan-alasan inilah bahan pembelajaran interaktif, Learning Port Interactive dihasilkan. Dengan adanya nota ringkas, animasi dan grafik yang menarik berserta bunyi audio, murid-murid dapat mempelajari Komponen Sastera dengan cara yang lebih menyeronokkan. Apabila mereka seronok belajar, mereka akan mudah memahami subjek ini!
 

Contoh kandungan modul Komsas tingkatan tiga, Seloka Santap Istiadat.