Oleh: Nurul Syarmimi Anis Abd Aziz

SME, Sejarah
 
Menurut Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim:

Tidak ramai generasi muda yang berminat mempelajari mata pelajaran Sejarah kerana kebanyakan mereka menganggap subjek tersebut bosan dan tidak penting, tetapi realitinya dengan Sejarah, generasi muda dapat mengenal asal-usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan dan sebagainya.”

Sumber: Utusan Online, 13 April 2015.

Mengapa hal demikian berlaku walhal mata pelajaran Sejarah merupakan subjek wajib lulus dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)? Seharusnya dengan pelaksanaan ini, minat dan pengertian pelajar terhadap Sejarah semakin meningkat. Namun, sebaliknya yang berlaku.
 
Apakah puncanya? Pemupukan minat pelajar berkait dengan gaya penyampaian oleh tenaga pengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurangnya kreativiti guru Sejarah dalam pengajaran, kesukaran mengingati fakta (Tang, 2005) di samping persepsi negatif pelajar menjadikan pembelajaran hambar dan mendatar sekali gus menimbulkan rasa bosan dan kurang minat dalam kalangan pelajar (Mohd Mahzan Awang et.al, 2016). Oleh demikian, daya imaginasi dan penghayatan sejarah terbantut serta gagal dalam Sejarah. Hal demikian menjurus kepada persepsi Sejarah dipelajari hanya untuk lulus.
 
Justeru, bagaimana untuk mengatasinya?  Kajian Mohd Mahzan Awang et.al (2016) menyatakan pengaplikasian teknologi dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar. Penggunaan multimedia mampu menarik minat pelajar di samping kemudahan dalam mengakses maklumat yang diperlukan. Dengan penggunaan teknologi, pelbagai kaedah pengajaran boleh dilaksanakan bagi mengelak kebosanan dalam pembelajaran.
 
Perkembangan teknologi mendorong kemunculan pelbagai aplikasi pembelajaran secara interaktif dan menarik. Salah satunya adalah Learning Port Interactive (LPi) yang menyediakan bahan pembelajaran yang menarik secara atas talian. Produk ini mengeluarkan modul pembelajaran dan bank soalan sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran. Modul yang dihasilkan adalah selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia dan kaedah penyampaian dilihat menarik serta interaktif. Antara gambaran kaedah penyampaian dan aktiviti yang terdapat dalam modul Sejarah LPi adalah seperti berikut:
 
(Imej diambil dalam modul Sejarah Tingkatan 4: Tamadun Mesir Purba)
(Imej diambil dalam modul Sejarah Tingkatan 5: Ciri-Ciri Demokrasi Berparlimen – Pilihan raya)
(Imej aktiviti diambil dalam modul Sejarah LPi)
Justeru, produk ini boleh menjadi platfom dan jalan penyelesaian kepada guru dan pelajar bagi mencari keseronokan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Pemupukan minat mempelajari dan memahami Sejarah dalam kehidupan mampu merealisasikan aspirasi negara bagi membentuk masyarakat  yang seimbang dan harmoni  di samping menjadi medium penyatuan pelbagai etnik di Malaysia.
 
Sumber diperoleh dan diubah suai daripada:
 
Mohd Mahzan Awang et.al, 2016. Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan Sejarah Pada Abad Ke-21 Dan Hubungannya Dengan Minat Belajar Sejarah. Jurnal Pemikir Pendidikan 7, 44-56.
 
Tang Geok Ling, 2005. Meningkatkan Keupayaan Pelajar Meningat Fakta Sejarah Dengan Menggunakan Kaedah Mnuemonik. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005, 3-4 Oktober, Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagain Sri Aman & MP Batu Lintang, Kuching, Sarawak.