Oleh: Aimi Fazlah
SME, Bahasa Melayu1) Perbincangan di dalam kelas
Remaja gemarkan sesuatu yang lebih ringkas tetapi padat. Teks yang terlalu panjang atau meleret-leret membuatkan murid mudah berasa jemu. Justeru, perbincangan di dalam kelas dapat mengelakkan mereka daripada berasa bosan kerana perlu membaca teks yang panjang.2) Libatkan murid dalam pembelajaran
Sesuatu perkara yang dipelajari akan mudah dirakam oleh otak jika perkara tersebut dilakukan secara praktikal. Justeru, pembelajaran puisi akan lebih dihayati jika murid diberikan peluang untuk mendeklamasikan sajak, melagukan syair dan membaca pantun.3) Grafik yang menarik
Salah satu punca remaja kurang menggemari Komsas terutamanya prosa tradisional, cerpen dan novel kerana kurangnya grafik dan gambar. Oleh yang demikian, pembelajaran Komsas akan menjadi lebih menarik jika disertakan dengan grafik dan gambar yang menarik. Hal yang sedemikian dapat membantu pemahaman dan mengasah daya ingatan murid.4) Belajar Secara Didik Hibur
Selain pembelajaran formal di dalam kelas, kaedah lakonan atau pementasan boleh digunakan untuk mempersembahkan prosa tradisional, cerpen dan novel. Penglibatan murid dalam ‘dunia fiksyen’ tersebut secara tidak langsung membuatkan mereka mengingati jalan cerita yang dilakonkan atau ditonton. Cara ini akan menjadikan mereka lebih seronok untuk mempelajari karya sastera tersebut. Atas alasan-alasan inilah bahan pembelajaran interaktif, Learning Port Interactive dihasilkan. Dengan adanya nota ringkas, animasi dan grafik yang menarik berserta bunyi audio, murid-murid dapat mempelajari Komponen Sastera dengan cara yang lebih menyeronokkan. Apabila mereka seronok belajar, mereka akan mudah memahami subjek ini!
Contoh kandungan modul Komsas tingkatan tiga, Seloka Santap Istiadat.
CATEGORY:
Bahasa Melayu, blog
