FAQ

Soalan Lazim
Interactive Textbooks ialah buku teks interaktif dalam talian pertama di Malaysia. Inilah sistem pembelajaran komprehensif yang membantu meningkatkan markah pelajar dalam peperiksaan sambil belajar dengan seronok. Interactive Textbooks dibina selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
iTextbook merupakan rujukan sokongan yang bertindak sebagai penambahbaikan dalam kaedah pengajaran. Pelajar mempelajari sesuatu konsep secara langkah demi langkah, sistematik, strategik dan mengaplikasikan proses meta kognitif. Pelajar akan sentiasa mengingati setiap perkara yang mereka pelajari kerana proses pembelajaran tidak bersifat pasif dan sentiasa dilengkapi dengan maklum balas segara.
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Sains Asas
  • Biologi
  • Kimia
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
PayPal, iPay88 atau mana-mana kad kredit pilihan anda.

Pakej sekolah rendah untuk sukatan Tahun 1 hingga Tahun 3 merangkumi subjek berikut; Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pakej UPSR untuk sukatan Tahun 4 hingga Tahun 6 merangkumi subjek berikut: Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pakej PT3 untuk sukatan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 merangkumi subjek berikut: Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pakej SPM untuk sukatan Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 merangkumi subjek berikut: Fizik, Biologi, Kimia, Matematik Tambahan, Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Anda boleh menjumpai produk e-learning yang menggunakan video dan menyediakan soalan kuiz dengan gred. Jadi, apa istimewanya tentang iTextbooks? iTextbooks merupakan produk yang menyediakan maklum balas segera kepada pelajar. Pelajar akan lebih memahami setiap jawapan dan kesalahan yang dilakukan menerusi maklum balas dan penerangan yang kami sediakan.

Itextbooks akan menerangkan setiap jawapan yang diberi serta memantau tahap pemahaman setiap pelajar. Pelajar yang memerlukan lebih masa untuk menguasai sesuatu topik boleh mengulangi bahagian-bahagian yang tidak difahami dalam modul sehingga tahap penguasaan mereka berada pada tahap memuaskan.

Layari learningport.com.my
  • Pilih untuk menjadi ahli
  • Berikan e-mel dan kata laluan
  • Daftarkan anak anda
  • Tambah kursus
  • Buat pembelian kursus dan masukkan dalam troli pembelian anda
  • Nyatakan bil terperinci anda
  • Baca rumusan pesanan anda
  • Guna PayPal atau kad kredit untuk membuat pembayaran
  • Muat turun kursus

Layari learningport.com.my

Klik pada butang daftar masuk

Lengkapkan maklumat anda

Pilih pakej

Gunakan PayPal atau kad kredit untuk membuat pembayaran

Untuk sebarang bantuan, hubungi anis.nadira@learningport.com.my

Sebagaimana bahan pembelajaran yang lain, Interactive Textbooks mempunyai bank soalan yang boleh digunakan sebagai latihan menjawab soalan peperiksaan sebenar dan penjelasan juga diberikan dengan segera.

iTextbooks telah memecahkan kandungan subjek kepada modul. Setiap modul akan memperkenalkan tema dengan aktiviti yang interaktif atau animasi pendek. Seterusnya, setiap modul akan mempersembahkan topik dengan terperinci, memberi latihan kepada pelajar dan memberikan kaedah penyelesaian masalah atau mengaplikasikannya kepada senario lain. Setiap modul juga dilengkapi dengan rumusan dan diikuti dengan latih tubi. Jalur skor akan menunjukkan kemajuan pelajar bagi setiap modul. Laporan akhir bagi setiap modul akan menyatakan kemajuan dan merekodkan kekuatan dan kelemahan pelajar. Pada bila-bila masa jua, pelajar boleh kembali kepada latihan terdahulu atau mengulanginya semula mana-mana bahagian sehingga mereka mahir.
Akses tanpa had bagi semua subjek dalam setiap pakej dengan harga RM 199.00 sahaja untuk 3 bulan langganan.
Pakej sekolah rendah, UPSR dan PT3 boleh digunakan dalam mana-mana peranti termasuk telefon pintar. Pakej SPM boleh digunakan dalam mana-mana komputer dan komputer riba.

Interactive Textbooks ialah kaedah yang paling efektif untuk pengguna yang mahu menguasai setiap topik dalam Sukatan Kurikulum Malaysia. Kandungan bahannya berkualiti, interaktif dan menawarkan beribu topik pelajaran, soalan, animasi, permainan dan pelbagai aktiviti lain.

Interactive Textbooks ialah produk buatan Malaysia sepenuhnya dari Learning Port Sdn. Bhd.

Pelajar menggunakan Interactive Textbooks di rumah, di pusat tuisyen, dalam komputer, tablet atau telefon pintar mereka.

Guru menggunakan Interactive Textbooks untuk mengukuhkan pengajaran mereka. Mereka boleh gunakan keseluruhan modul sebagai asas pengajaran sesuatu konsep atau sebahagian sahaja bagi tujuan nilai tambah. Daripada mereka perlu mencari bahan bantuan pengajaran, guru boleh memperoleh segala yang mereka perlukan dalam Interactive Textbooks.

Ibu bapa menggunakan Interactive Textbooks untuk menggantikan kos tutor yang mahal. Interactive Textbooks mempunyai sistem yang boleh memudahkan ibu bapa melihat kemajuan anak mereka.

Pusat tuisyen menggunakan Interactive Textbooks sebagai kaedah yang lebih praktikal untuk pelajar mencapai kecemerlangan akademik. Interactive Textbooks menggantikan teknik hafalan untuk menguasai sesuatu subjek.