About Us

Tentang kami

Learning Port Sdn Bhd mula beroperasi pada tahun 2012 dengan matlamat untuk menyediakan bahan pembelajaran dalam talian yang berkualiti tinggi bagi pelajar-pelajar sekolah di Malaysia. Syarikat ini adalah visi Dato’ Idrus Mohd Satha, seorang usahawan Malaysia dalam bidang pendidikan yang juga pengasas Cosmopoint.

Berpusat di Bangsar South City, Learning Port telah berkembang bersama-sama 150 kakitangannya termasuk guru, pereka kaedah pembelajaran, animator, pereka grafik dan pengatur cara dari 15 buah negara yang berbeza.

Pada tahun 2013, Learning Port muncul sebagai pemenang pada Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) dalam kategori e-learning terbaik.

Memandangkan kemahiran terhadap teknologi semakin berkembang dan penggunaan telefon pintar semakin berleluasa, Learning Port telah mengambil inisiatif menyesuaikan dan memantapkan kandungannya agar dapat dimanfaatkan dalam trend semasa ini.

Kini, Learning Port menawarkan beribu-ribu sesi pembelajaran yang dibina selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia menerusi pakej Interactive Textbooks.